15 August 2016

Healthy life

Assalamuallaikum wmhbt. Bersua kita di arena maya di pagi yg humid ni. Still musim kurma belum berakhir dan juga Summer festival another half month to go. Festival2 harus dah start diet.

Seems i do this DIET entry to keep my journel in dietry plan.

1st detox day breakfast
2 biji Telor half cook
1 cawan green tea. 

18 September 2013

Di sini bermula

Lama dah rasanya tak menjengah blog saya ni. Almaklum 24/7 kerja non stop manager kat rumah ni... Busy busy. Tapi selepas install Blog di hp... Bertekad rajinkan diri menulis. Mana tau tulisan saya bermanafaat untuk sesiapa yang mahu mengambil manafaat. Or atleast menjadi diari saya sendiri.
Aniq memasuki 2nd week school. Kecapekan deh. Cambridge International Girl School di antara sekolah yang bagus di Doha ni. Every morning rutin sediakan bekal ke sekolah buat pusing kepala. Modus operandinya, healthy food. So kalau pening2 kepala tu google aje le jawabnye. Sekolah di Doha ni start September. Still panas lagi kat luar tu. Semalam aja 50°C. Untuk anak anak harus minum air kosong banyak. Kalau tak boleh dihydrate. Tanda awal dihydrate, badan panas dan kerap buang air besar.

09 December 2011

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Dingin

Assalamualaikum. Sekarang ni dah musim sejuk di Doha ni. Satu pengalaman yang sangat indah dan excited buat aku n Aniq. Almaklumlah first winter for us. La ni masih 18 degree lagi. Sojuk nye mak oii... Sampai ketulang hitam. Last 2 days ago aku bwli winter clath kat Ansar Gallary jer. Cheap, but must look, taste expensive. Hehehe tu motto aku kalau bershopping. Im noy agains branded thing, it just kat Doha ni barangnye mahal. So kene pandai2 le. Winter camni best jalan2. Cuma kulit aku la ni yang jadi kEring n kasar. Rajin atau tak, kenelah pakai losen ye adik2 sekalian. Banyakkan minum air suam coz its easy to dihydrate without you notice it. View menarik winter ni tengok orang jalan2 di kaki lima, bunga-bunga kembang setaman dan sale sana sini. (isk isk aku ni) Lagi 2 hari nak balik Malaysia. 10 hari je. Hmm.... Rindunye. Musim hujan kat Malaysia la ni. Sejuk juga. Apa pun dimana bumi dipijak, disitulah lagit dijunjung, dimana kita bersujud, disitulah kita bersyukur. Sekian tinta aku berhenti dulu. (nak buat breakfast, abe balik keje sat lagi) . Wassalam

06 October 2011

Bangun Pagi

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh............
Sejuk betul pagi di Qatar ni. Jam 4.11 minute dah subuh, dengar kata teman-teman, musim panas subuhnya jam3 pagi!! Kurniakan kekuatan pada aku ya Allah nak bangun pagi. Kalau di Sebatu, Long Lama, terpisat aku bangun subuh. Kiranya jam 5 pagi.

Cerita pasal bangun pagi ini, dulu masa kecik-kecik, nak bangun pegi sekolahi punyalah sejuk nak bangun, apalah lagi nak mandi pagi. Almaklumlah tak ada heater... (letrik pun takder). So mandi air sungai... Mai aii sejuk mengelatuk terketaq2 gigi ni. Sekolah dulu pakai pinafore dress paras lutut... bonceng motor ayah pulak tu....  huhuhu..
Bila dah keje.. handphone jadi wake up call. Kalau ada 10 handphone, semuanya set alarm... Yang lucunya sempat kira berapa handphone yang dah bunyi (kira sambil mata pejam). Paling tension bila ada appointment pagi. Hahaha. Apo lai... jadi lipas kudung ler..

Pagi di Sebatu...best. Mana boleh bangun lewat. Malu ler I dengan my mother in law. Sungguhpun sojuk...   pagi pagi dah turun sungai nak cuci muka n gosok gigi.. hmm.... caya tak??? 

kebaikan bangun pagi

Medic :
  1. Menurut Dr. Muslim Nathin, bangun pagi juga dapat dapat mengurangi kecenderungan terserang panyakit kardiovaskular atau gangguan jantung dan pembuluh darah.
  2. Kita mendapat kesempatan untuk menikmati udara segar yang belum tersentuh pencemaran, dimana momentum tersebut sangatlah tepat untuk memasukan sebanyak mungkin oksigen bersih ke paru-paru dengan aktiviti olahraga[ref].
  3. Bagun di pagi hari dapat mencegah penyakit hati
Sosiologi :
  1. Menjalin keakraban dengan tetangga yang sama-sama punya kebiasaan bangun pagi, ketika kita berolahraga atau ketika sholat subuh berjamaah di masjid.
  2. Bertemu/berkenalan dengan orang baru yang punya aktiviti bekerja di pagi hari, biasanya orang2 yang berniaga di pasar
Agama :

  1. Rasulullah bersabda “berpagi pagi itu barokah”. Sebab waktu itu jiwa, akal dan fisikal kita belum letih. masih fresh, jadi sayang jika tidak digunakan sebaik baiknya. sebaik baik waktu bekerja adalah di waktu pagi ini[ref].
  2. Rasulullah juga bersabda, “Tidur selepas subuh itu akan mewarisi kepapaan”. (kepapaan : kemuncak kepada segala macam kesulitan dan kesusahan) [ref]

05 October 2011

New Journey

Assalamualaikum........
Sekian lamanya tak tercoret apa2 dihalaman blog ni .Baru bertatih-tatih menulis. Kiranya baru ni aku punya kesempatan fikiran dan masa untuk mencurah idea. Perjalanan hidup aku setakat ni penuh warna warni. Setakat 31 tahun sudah aku diberi kesempatan wujud dibumi Allah ini, pelbagai pengalaman aku tempuh. Dari seorang anak kampung di sebuah kampung terpencil di kaki Gunung Ophir (Gunung Ledang) di hujung Johor hinggalah merantau ke negeri orang mencari ilmu di Shah Alam. Habis belajar dan aku lewati dunia pekerjaan, puas aku berjalan seluruh Malaysia. Saat bila dipertemu jodoh dengan suami terchenta, aku ziarahi Kepulauan Borneo, Miri, Sarawak. Kini aku teruskan lagi langkahku ke tempat lahirnya para ambia, Qatar. Blog ini berkisar tentang kehidupan. Bukan untuk menunjuk2, cuma berkongsi rasa, pengalaman dan yang paling penting berkongsi cerita. Wassalam..

03 April 2010

Disiplin Diri

Disiplin diri adalah sebuah cara untuk membuat impian anda menjadi kenyataan. Disiplin diri juga adalah cara untuk mengubah kelemahan anda menjadi kekuatan. Tanpa disiplin, sekalipun anda tahu apa yang anda inginkan - anda tidak bisa mencapainya. Tanpa disiplin, sekalipun anda tahu apa yang TIDAK anda inginkan, anda tidak mampu menghindarinya.


Disiplin diri adalah penting dalam mengisi hidup. Memang diperlukan usaha, kemauan, dan juga pengorbanan - tapi ingat semua itu bukan hukuman. Melainkan jembatan bagi anda untuk mencapai kemungkinan tertinggi dan terbaik.

Bagaimana membuat diri kita disiplin? Anda sudah memiliki segala yang diperlukan. Tidak lebih dari mengendalikan tindakan anda sendiri, dan anda sudah belajar ini sejak kecil. Untuk mendisiplinkan diri, kita harus MEMUTUSKAN untuk melakukan hal itu. Disiplin diri bisa anda miliki dan gunakan saat anda siap untuk menghidupkan impian anda.