05 October 2011

New Journey

Assalamualaikum........
Sekian lamanya tak tercoret apa2 dihalaman blog ni .Baru bertatih-tatih menulis. Kiranya baru ni aku punya kesempatan fikiran dan masa untuk mencurah idea. Perjalanan hidup aku setakat ni penuh warna warni. Setakat 31 tahun sudah aku diberi kesempatan wujud dibumi Allah ini, pelbagai pengalaman aku tempuh. Dari seorang anak kampung di sebuah kampung terpencil di kaki Gunung Ophir (Gunung Ledang) di hujung Johor hinggalah merantau ke negeri orang mencari ilmu di Shah Alam. Habis belajar dan aku lewati dunia pekerjaan, puas aku berjalan seluruh Malaysia. Saat bila dipertemu jodoh dengan suami terchenta, aku ziarahi Kepulauan Borneo, Miri, Sarawak. Kini aku teruskan lagi langkahku ke tempat lahirnya para ambia, Qatar. Blog ini berkisar tentang kehidupan. Bukan untuk menunjuk2, cuma berkongsi rasa, pengalaman dan yang paling penting berkongsi cerita. Wassalam..

No comments:

Post a Comment